CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 27, 2010

manchester united 2-0 sunderland

Tewaskan Sunderland, United kekal di takhta liga

                                           (highlights goals of dimitar berbatov)








LONDON 27 Dis. - Dua jaringan Dimitar Berbatov sudah cukup untuk membolehkan Manchester United mencipta kemenangan ke atas Sunderland 2-0 di Old Trafford sekali gus mengukuhkan kedudukannya di takhta Liga Perdana England.

Pemain Bulgaria itu mencipta jaringan pada minit kelima dan menerobos gawang lawan sekali lagi selepas waktu rehat untuk membolehkan anak-anak buah Alex Ferguson mengekalkan rekod tanpa kalah dengan memungut 37 mata hasil 17 perlawanan.

Berbatov juga kini mendahului sebagai penjaring terbanyak dengan 13 gol, satu gol mengatasi bekas pemain United, Carlos Tevez yang meledakkan dua gol ketika membantu Manchester Citu menang 3-1 ke atas New Castle United. City kini memungut 35 mata hasil 19 perlawanan.

Lain-lain keputusan EPL:

Newcastle United 1 - Manchester City 3
Wolverhampton Wanderers 1 - Wigan Athletic 2
Bolton Wanderers 2 - West Bromwich Albion 0
Blackburn Rovers 0 - Stoke City 2
Fulham 1 - West Ham United 3
- REUTERS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...