CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 25, 2010

manchester united vs sunderland | 26 december 2010

boxing day :) game 26 december 2010 | old trafford



Gambar Steve Bruce(kanan) ketika mewakili Manchester United

Pengurus Sunderland akui United liat ditewaskan di tempat sendiri

SUNDERLAND: Steve Bruce akan membawa Sunderland ke Old Trafford, hujung minggu ini dengan harapan dia dan anak didiknya dapat menamatkan badi tanpa kemenangan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

Bekas pemain bek tengah United itu masih ghairah menunggu saat mahu melakar kemenangan pertama selaku pengurus pasukan mengatasi lawan yang liat pimpinan Sir Alex Ferguson - pengendali yang pernah melantiknya selaku ketua pasukan di Old Trafford.
Saya sudah mencuba banyak kali dan belum menang lagi. Saya akan terus berusaha. Musim ini United liat dan pengurus lain ke tempat lawan mengerti betapa sukar ranjau itu.
Kami tahu apa yang boleh dijangkakan. ia pasti sukar lagi, kata Bruce.

Kali terakhir Sunderland merakamkan kemenangan di Old Trafford adalah pada 1968 dan sejak itu mereka belum menewaskan United dalam 14 percubaan sejak kemenangan 2-1 dalam Piala Liga Inggeris di Stadium of Light 10 tahun lalu.

Bruce nyaris menamatkan badi itu menentang anak didik Ferguson di Old Trafford, musim lalu apabila jaringan sendiri pada masa tambahan oleh Anton Ferdinand - adik Rio memaksa Sunderland seri 2-2 untuk pulang membawa satu mata ketika kemenangan bersejarah sudah hampir pasti milik mereka ketika itu. - Agensi 
 
 




 
 
 

good luck anak buah SAF :))

my line-up man.U vs sundeland tomorrow

           berbatov    rooney
park     anderson    carrick    nani
evara      vidic      ferdinand  rafael
       vds    

GGMU !! :))

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...