CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 17, 2010

Lawatan pelombong Chile dorong kemenangan Manchester United



Pelombong Chile bergambar dengan pemain Man United

ENGLAND: Ketua Eksekutif Manchester United, David Gill, berkata lawatan pelombong Chile yang diselamatkan baru-baru ini, menjadi dorongan pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson kembali meneraju persada Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL).

Gill berkata, lawatan tiga hari pelombong Chile ke Manchester menyaksikan pasukan itu menundukkan pesaing utamanya, Arsenal, 1-0, Isnin lalu (waktu tempatan).

Menurut Gill, Alex Ferguson turut menjadikan kisah pelombong Chile yang terperangkap itu ketika taklimat sebelum perlawanan.

“Saya bagi pihak Manchester United amat berbesar hati menerima kedatangan pelombong ini bagi lawatan khas,” katanya sambil merujuk kepada pelombong Chile yang mana ada di antara mereka memakai skarf kelab bola sepak yang turut dikenali sebagai ‘The Red Devils’ di sini. - AFP


Read more: http://www.oldtraffords.com/search?updated-max=2010-12-15T02%3A41%3A00-08%3A00&max-results=4#ixzz18NWiaYG0

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...