
Rekod tanpa kalah MU musim ini berjaya dilebarkan kepada 16 perlawanan berturut-turut selepas berjaya membelasah Arsenal dengan jaringan 1-0 pada pagi semalam. Err.. Itu boleh dikira kena belasah gak ke? hehe.. Tak kisah la. Janji menang! Menang nasib ke? Memang kemenangan memerlukan nasib pun. Ye tak?
Tandukan mengelirukan Park Ji Sung pada minit ke-41 hasil hantaran lintang Nani sudah cukup bagi memastikan MU kembali ke puncak liga dengan kelebihan 2 mata mengatasi Arsenal dengan baki 1 perlawanan dalam tangan. Sementara itu, Chelsea terus semakin berseri-seri apabila diikat Tottenham 1-1. Mudah-mudahan kemerosotan prestasi juara bertahan itu akan berterusan menjelang pertemuan besar dengan Man United pada Ahad depan.
kedudukan terkini carta liga |
Sekian. MU memang hebat! hehe.. Glory-Glory Man United! :D
0 comments:
Post a Comment